KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Antara yang naik dan yang jatuh

Roslansms - Tadi saya sempat mengunjungi laman yang dikendalikan oleh sahabat saya Sdr Anuar di
http://www.umno-reform.com/ . Saya terus terpaku pada suatu surat yang dimuatkan oleh Anuar dalam lamannya yang ditulis oleh seorang Ketua Umno Cawangan. Bahagian akhir suratnya berbunyi:

Darah yang mengalir ditubuh ini dan selagi nyawa dikandung badan akan terus memperjuangkan UMNO parti keramat ini walaupun ada segelintir ahli yang mula berpaling tadah dengan melihat sikap pemimpin di atas yang tiada kesudahan untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO waktu kini.

Diharap lupakan sengketa sesama sendiri, fikirkan kami di bawah ini yang terpaksa berdepan dengan ahli-ahli yang mula goyah pendiriannya. Jemputlah kami ketua-ketua di cawangan untuk memberi penjelasan yang jelas atau rendahkan diri untuk turun ke cawangan-cawangan.

Jangan pula ahli-ahli kita mengiakan apa yang dikata pihak pembangkang bahawa pemimpin UMNO penuh dengan keangkuhan. Saya percaya rakyat masih sayangkan UMNO Parti Melayu yang membela bangsa Melayu, ini dapat didengar perbualan dikedai-kedai kopi. Saya percaya mereka akan kembali kepada UMNO jika kita terus menunjukkan kematangan politik seperti mana kehendak masa kini.

JANGAN DIRINTIH KEKECEWAAN, ATUR LANGKAH UNTUK MARA, BULAN PASTI GERHANA. KERIS KERAMAT UMNO TERUS DIPERASAP AGAR SEMANGAT KEKAL MEMBARA. SANG SAKA BANGSA MEGAH DIANGKASA. SAYA PASTI BERSAMA.Hidup UMNO Hidup MELAYU dinusantara. Wassalam
Demikianlah bersemangatnya saudara kita seorang Ketua Umno Cawangan (yang tidak disebutkan dimana cawangannya itu). Saya percaya cawanganbeliau terletak dalam salah sebuah negeri yang Umno hilang kuasa, mungkin di Kedah, Perak atau Selangor. Tak mengapalah. Memang semangat seumpama ini diperlukan untuk menghidupkan sebuah oraganisasi yang telah ditolak rakyat. Tetapi cukupkah dengan hanya semangat? more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive