Setelah Dua Bulan Dirasmikan, Taman Tamadun Islam Masih Dalam Pembinaan
Buletinonline - Kuala Terengganu – Walaupun telah dirasmkan dua bulan yang lalu, Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man masih dalam pembinaan !
Pada 3 Februari lalu, TTI telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Masjid Kristal pula dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sepanjang acara pembukaan Taman Tema TTI itu terdapat tiga majlis perasmian.
Yang pertama majlis perasmian Perkampungan Hadhari oleh Idris Jusoh, kedua majlis perasmian TTI dan akhir sekali adalah majlis perasmian Masjid Kristal.
Memang munasabah pun kalau ada yang mengatakan bahawa perbelanjaan seluruh progeam pembukaan taman tema itu adalah RM 15 juta.
Apa yang menarik, majlis perasmian yang dipancarkan secara ‘live’ itu ada persembahan konsert lagu Tema TTI yang dialunkan oleh Penyanyi dan Pengubah lagu popular M.Nasir.
inilah pertama sekali dalam sejarah mungkin, konsert nyanyian diadakan berhampiran dengan masjid ..more...
ANTARA SEMBANG DERAS DAN SEMBANG REALITI
5 minutes ago
0 comments:
Post a Comment