KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

HARGA MINYAK MACAM NAK NAIK JE ....

Kita dah biasa dan kita kena biasa dengan kenaikan harga. Zaman Dollah ..... macam macam kenaikan yang berlaku. Seperti biasa dimulakan dengan berita seperti ini .....

Kerajaan tanggung subsidi minyak tertinggi RM19 bilion
Utusanloya
- Kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah subsidi itu merupakan peningkatan berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu.

‘‘Berdasarkan harga minyak mentah semasa global, subsidi minyak sebenar yang kita (kerajaan) ambil daripada bajet (tahun ini) itu tidak termasuk daripada Petronas untuk diberikan kepada rakyat dan syarikat adalah berjumlah antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion pada tahun lalu. more.....

Mungkin ianya tidak berapa jelas. memberitahu keadaan sekarang dan mungkin dah bagi tau pun masa lalu berkali kali .... selepas kenyataan di atas .... di bawakan pula tajuk yang berkaitan, pada hari yang sama, pada akhbar yang sama ....
'Rakyat perlu bersedia hidup bebas subsidi'

Utusanloya - Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Kajian Permuafakatan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Saidun, bimbang ekonomi negara mungkin terjejas jika kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang terlalu tinggi.

''Rakyat perlu bersedia untuk hidup bebas daripada subsidi dengan meningkatkan daya kerja agar pendapatan mereka bertambah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi. more...

Dan dengan ini, No2umno mengambil kesempatan memberita, dengan adanya berita berita seperti itu.....maka bersedia lah rakyat Malaysia dengan kenaikan minyak yang akan berlaku pada bila bila masa ..... ANgin dah ada, pokok dah bergoyang .....lepas ni kita jalan lah terhoyong hayang kerana belanja semakin membebankan. Terima kaseh.

3 comments:

Anonymous said...

alah haiii......
bunyi nak tarik semua subsidi la tuu......

mcm le aku ni bengong naoo.....

tu sbb laa....org tak mau pembangunan yg melampau.....tengok cm brunai tuu.....relex je rakyat dia...tak payah susah2....

snang je buat ibadah....
hidup tak pening.....
tak de pon org bunoh dri....
ni tak pasal2 kne peningkan kepala ape hall...???

Anonymous said...

haa.....
jom pakat2 pangkah BN lagii.....
best oooo.......

Anonymous said...

Harga minyak dunia bergantung kepada banyak faktor ekonomi, demand supply, sentiment, teknikal dan sekarang dengan nilai US Dollar. Biasanya jikalau USD menurun, minyak mentah ber probable naik. Ini kerana negara pengeluar minyak mahukan nilai (wang) minyak nya tidak menurun.

USD masih bergoyang kerana ekonomi US adalah di anggap recession dan kemungkinan akan jatuh nilai nya sehingga (MYR parity) 2.90 penghujung 2008, lebih kurang 10% rendah dari paras sekarang.

Apa yang bolih berlaku, Minyak mentah WTI akan naik lebih kurang 10% dan nilai WTI di anggarkan USD 125 +/- 5 satu barrel.

Harga minyak di Malaysia RON 97 telah pun di tetapkan olih kerajaan bersama subsidi pada paras RM 1.92 per litre semasa minyak mentah yang harga nya dalam lingkungan USD 70 satu barrel.

Ini bermakna kerajaan ada dua pilihan.

1. masih menetapkan harga nya dan Kerajaan terpaksa menambah subsidi yang lebih apabila harga minyak mentah lebih dari USD 70. Kita tahu yang harga minyak mentah sekarang adalah 65% lebih dari harga semasa ditetapkan RM 1.92 se liter. Apakah impact kewangan negara jikalau kerajaan tidak membuat revision.

2. Menaikan harga RON 97 pada peringkat sebenar atau dengan subsidi yang berkemampuan.

Analisa kenaikan harga dan impact nya hendaklah di kaji dengan menyeluruh dan patut nya di umumkan dengan detail nya.

Posting terkini

Blog Archive