Harakahdaiy - Semalam (16 April) saya 'terbeli' Berita Harian. Saya sudah lama tidak beli akhbar ini. Meluat, tetapi semalam 'terpaksa'. Terkejut saya melihat ada rencana pengarang di muka depan. Tajuknya 'Henti segera tuding jari'.
Setahu saya rencana pengarang ditempatkan di muka dalam, misalnya muka 8 atau 10. Tentulah ada perkara besar yang hendak diberitahu sehingga rencana pengarang diletakkan di muka depan.
Betul tekaan saya. Rencana pengarang itu menyeru ahli dan pemimpin Umno berhenti daripada bercakaran termasuk mendesak PM dan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan, atau dalam bahasa lembut, meminta Abdullah menyediakan pelan pemindahan kuasa.
Apabila seruan dibuat di muka depan, bermakna tanda amaran (merah) dinyalakan. Hal ini diibaratkan ambulans membunyikan siren dengan lampu merahnya berkelip-kelip, memberi amaran kepada kenderaan lain supaya memberi laluan.
Pesakit dalam ambulans itu adalah Umno, keadaannya sudah nazak. Mungkin sedang bergantung kepada talian hayat. Kini Umno sedang dirawat seperti diakui Ketua Wanita, Rafidah Aziz.
Teman-teman di sisi Umno seperti MCA, MIC dan Gerakan perlu berhati-hati kerana sebelum mati, Umno akan memberikan terajang terakhir.
Harap-harap rontaannya benar-benar yang terakhir kerana jika ia membela makhluk...ia akan nampak hidup (seperti kuat makan) tetapi hakikatnya sudah mati.
Apr 18, 2008
Rencana pengarang BH bukti Umno nyawa-nyawa ikan
Labels: SURAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment