Malaysiakini - "Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli Umno dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini, meramalkan satu pilihanraya kecil akan berlaku tahun ini bagi membolehkan Anwar ke parlimen.
"Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR.
anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 12"Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli Umno, kepada Pak Lah tetapi juga kepada Datuk Seri Najib (Razak). Umno hampir pasti hancur jika ini berlaku."
Menulis di blognya tengah hari ini, bekas menteri besar Selangor itu menambah, "atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan (pelan berundur) yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan.
"Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk Datuk Seri Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti."
Dr Mohamad Khir berkata jika kuasa diserahkan segera kepada timbalan Abdullah, "rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil pasti tergendala" dengan alasan sokongan ahli dan rakyat akan berubah kepada BN sebagai dukungan kepada kepemimpinan Najib. more...
Apr 18, 2008
Dr Khir bimbang kelicikan Anwar
Labels: Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment