KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

TIDAK LAYAN ATAU ADA KAITAN?

Abdul Rashid tidak akan layani permintaan Guan Eng untuk beri penjelasan

MStar - Beliau berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada dokumen dan butiran terperinci mengenai sebarang status tanah di negeri ini dari semua pejabat tanah dan daerah di negeri ini.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga boleh merujuk mengenai perkara itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kerana mereka hadir pada setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri dan juga mesyuarat Exco.

"Saya bukannya perpustakaan dan saya tidak boleh memberi penjelasan terhadap perkara yang tidak jelas butirannya. Semua fail dan dokumen ada disimpan di pejabat kerajaan. Saya tidak menyimpan sebarang fail itu dan jangan ada sebarang implikasi yang mengatakan bahawa fail-fail itu ada dalam simpanan saya.

"Sebab itu, saya tidak mempunyai apaapa penjelasan untuk sebarang dakwaan berlakunya penyelewengan tanah itu dan tindakan mereka itu hanya serkap jarang sahaja serta tidak ada kes yang jelas," kata bekas Exco Tanah, Agama serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mempunyai tanggungjawab atau obligasi untuk menemui ketua menteri bagi tujuan itu dan sebaliknya meminta kerajaan negeri campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menyemak sendiri dokumen bagi menyelesaikan dakwaan penyelewengan itu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive