KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Rakyat Sabah Kelas 2?

anakbulan

Semasa pembentukan Malaysia pada 1963, empat pihak menandatangani perjanjian tersebut; Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Termaktub untuk setiap pihak keistimewaan2 dan hak2 tertentu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana2 pihak yang lain.

Dalam konteks Sabah, ia harus dilihat sebagai satu dari 3 wilayah yang membentuk Malaysia (tolak Singapura yang kemudiannya dimerdekakan oleh Tunku Abdul Rahman). Tidak patut ianya dilayan sebagai salah satu dari 13 negeri di Malaysia. Selagi Sabah dipimpin oleh mereka yang menjiwai semangat ini, tentunya mereka akan mempertahankan hak2 dan keistimewaan2 ini buat selama-lamanya.

Sabah mempunyai sistem kabinetnya sendiri, diterajui oleh 11 menteri, 30 agensi dan jabatan, dengan dibantu oleh 24000 kakitangan awam. Belanja operasinya pula mencecah RM600juta setahun.

Dalam PRU-12 yang lalu, BN Sabah menang 24 dari 25 kerusi parlimen yang ditandinginya. Dalam kedudukannya yang seteguh dan setanding Umno Johor dan Pahang itu, pastinya harapan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5 jawatan menteri persekutuan ada kewajarannya.
Tetapi Presiden Umno berfikir sebaliknya. 2 wakil Sabah; Safie Afdal diturunkan pangkat dan kini menjaga muzium2 dan penari2 kerajaan, manakala Dr. Maximus Ongkili dipanggil semula untuk menjaga urusan kajicuaca.

Penghinaan Presiden Umno ini dipercayai sebagai punca sebenar Anifah Aman menolak jawatan Timbalan Menteri manakala Ghafur Salleh meletak jawatan, juga sebagai Timbalan Menteri tidak sampai sebulan selepas mengangkat sumpah.

Sumber dalaman Umno memberitahu, mereka menuntut sekurang-kurangnya 3 lagi jawatan menteri penuh iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kerjaraya dan Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri.

Rasionalnya memang jelas. Sabah lebih layak dari Selangor untuk memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana ia adalah negeri termiskin di Malaysia. Kadar kemiskinan di Sabah mencecah 23%, sedangkan data EPU menunjukkan purata nasional adalah 3.8%.

80% kampung masih bercahayakan pelita dan penduduknya mandi di sungai dan paya. Jalan2 darat pula banyak yang layak dilalui dengan menunggang kerbau. Kenapa Umno Selangor diberikan kementerian itu, sedangkan ia adalah negeri termaju di Malaysia.

Umno Selangor juga mendapat portfolio Kerjaraya. Bukankah Sabah lebih layak? Dianggarkan JKR Sabah memerlukan RM5bilion untuk kerja2 membaikpulih 5,000 km jalan2 negeri.

Umno Sabah juga kecewa apabila jawatan Menteri MITI diserahkan kepada Umno Johor. Hasil bumi Sabah tidak sebanyak mana. Hasil balak semakin menyusut. Royalti minyak hanya sekitar RM400juta setahun pada ketika ini. Justeru, Sabah perlukan MITI untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menarik lebih banyak FDI.

Perkara2 ini dipercayai telah dibangkitkan oleh pemimpin2 Umno Sabah dalam pertemuan dengan PM Badawi minggu lepas. Mereka mengingatkan PM Badawi bahawa Sabah telah dipinggirkan dan dilayan sebagai rakyat kelas dua dalam persekutuan Malaysia.

Ahli2 Parlimen dari Sabah menuntut jawatan yang lebih senior dalam kabinet persekutuan bukan sekadar kementerian2 yang tidak penting dan bukan juga sebagai penunggu jawatan timbalan menteri selama berpuluh2 tahun.

Presiden Umno itu dikatakan mengangguk2 dan membuat perakuan untuk meneliti semula jumlah perwakilan Sabah dalam kabinet persekutuan sambil menegaskan ianya akan mengambil masa.

Peliknya, dalam keadaan Presiden Umno itu didesak berundur oleh ramai pemimpin Umno di Semenanjung, pemimpin2 Umno Sabah memilih untuk terus menjadi rakyat kelas dua. Bukankah PKR telah memberikan ruang untuk rakyat Sabah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan saudara2 mereka di Semenanjung?
lawati: http://bulanpenuh2012.blogspot.com

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive