KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Pengharaman Makkal Osai: BN Tidak Belajar Dari Kekalahan

KeADILan

Kuala Lumpur, 17 April - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini membantah keras tindakan bacul Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak mengharamkan penerbitan akhbar Makkal Osai atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.

Dalam sebuah kenyataan media, ketuanya Shamsul Iskandar mengatakan bahawa pengharaman ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf 25 November lepas, dan yang terbaru adalah laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“AMK menyelar tindakan KDN yang kelihatan bersikap jumud dan menghalang rakyat untuk mendapatkan input-input yang berasaskan kepada fakta sebenar yang tidak mungkin diperoleh di dalam mana-mana media arus perdana.

“Ini membuktikan betapa kerajaan sekarang betul-betul terdesak di sebalik kemelut kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang bertelagah hanya kerana mereka dinafikan majoriti dua pertiga di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) 8 Mac lepas” kata beliau.

Menuruth Shamsul, BN tidak belajar daripada keputusan PRU-12 bahawa maklumat alternatif daripada internet lebih dipercayai daripada media arus perdana disebabkan laporan berat sebelah yang sentiasa dihidangkan kepada rakyat. Sekiranya tindakan kerajaan bersifat menghukum dan zalim seperti ini terus dilaksanakan, beliau berkata, ini akan mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat. more...

Berita berkaitan: Makkal Osai minta penjelasan keputusan kerajaan tidak sambung permit penerbitan

2 comments:

Putra IJ80 said...

(W.P):Kita yakin pembatalan atau pemberhentian Akhbar ini hanya sementara sahaja.

Dlm rayuannya kelak ,hanya memerlukan beberapa baris ayat yg menyebut:

Kami bersedia menurut apa jua perintah dan arahan yg di tetepkan oleh Kerajaan(BN)khususnya UMNO,dan berjanji tidak akan menyiarkan apa jua berita berkaitan Pembangkang.

Kalau nak lagi bagus ,kami sedia menentang Pembangkang.

Maka beroperasilah kembali Akhbar ini dan nasib pekerja terbela.

kemungkinan yg ada penjualannya merosot.

Anonymous said...

mmg pon indra.

tp yg lebih penting.....
BN mmg tak pernah belajar....

Posting terkini

Blog Archive