harakahdaily - Keangkuhan Barisan Nasional (BN) semakin memuncak apabila bertindak melarang sebarang jemputan membabitkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang untuk menghadiri program 'Hari Belia' anjuran Kerajaan Persekutuan.
Demikian didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairuz Khairudin ketika ditemui selepas majlis penyampaian pelajar cemerlang sijil pelajar Malaysia (SPM) 2007 dan ibu tunggal di Yayasan Aman Penanti semalam.
Ujarnya, kerajaan Pulau Pinang dimaklumkan terdapat surat arahan tersebut dan ini membuktikan Kerajaan Persekutuan terus menafikan sokongan rakyat dalam sebuah negara demokrasi.
"Tidak sepatutnya Kerajaan Persekutuan bersikap tidak adil pada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sebab kami dipilih oleh rakyat berlandaskan sistem demokrasi yang menjadi amalan semua, "katanya kesal.
Sempena Sambutan Hari Belia, BN wajar membuang sifat angkuhnya yang tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendedahkan kebodohan sendiri.
Tetapi, berlainan dengan Kerajaan Pulau Pinang yang akan menjemput semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri tidak lama lagi. more...
Apr 18, 2008
BN angkuh larang jemput kerajaan Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment