harakahdaily - Isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi kerana ia sengaja ditimbulkan oleh Umno bagi meraih sokongan untuk menutup kelemahan parti tersebut.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata PAS tidak mahu lagi terperangkap dalam isu tersebut yang disifatkan sebagai membuang masa.
Image"Kita tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno yang mahu menyembunyikan kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi mereka kerana ia merupakan sikap lama yang tidak mahu diubah," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Pengarang Harakah hari ini.
Tegasnya jika Umno ingin membincangkan mengenai masalah ketuanan Melayu, mereka boleh menyertai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Kenapa sekarang baru hendak membincangkan mengenai hal ketuanan Melayu? Kenapa sebelum pilihan raya umum hal ini tidak ditimbulkan?" katanya.
Jelasnya lagi, sekiranya Umno benar-benar serius mengenai hal tersebut, ia hendaklah dilaksanakan melalui kerajaan yang adil dan telus kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik bagi memelihara kepentingan kesatuan semua bangsa di negara ini.
Sementara itu, Husam melahirkan kehairanan terhadap sikap Kerajaan Persekutuan yang mengumumkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Kehakiman semalam. more...
Apr 18, 2008
Isu ketuanan Melayu hanya gimik Umno, buang masa bincang - Husam Musa
Labels: Belit UMNO, Harakah, Husam Musa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment