kudakepang - (...) Abdullah meminta semua bahagian UMNO tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.
“Lebih baik tindakan seperti ini (EGM) tidak dilakukan kerana kita pada waktu ini memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan, jadi kita tumpukan pada hal yang diperlukan oleh rakyat.”
Begitulah bunyinya kenyataan Abdullah sesudah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur, Isnin 28 April 2008. Kenyataan tersebut adalah suatu penyelewengan fakta. Kenyataan itu adalah suatu pemesongan hakikat. Kenyataan seperti itu tidak seharusnya disuarakan oleh seeorang berjawatan Presiden UMNO.
Bagaimanakah Abdullah selaku Presiden UMNO mendapat idea bahawa EGM yang pertama kali dicadangkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, adalah “bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan” UMNO? more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment