KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 2, 2008

‘Beri saya peluang kedua’ - Faizal

Hmetro - “Saya terkejut apabila ada mufti mengeluarkan kenyataan sebegitu terhadap saya. Sudah tentu saya kecewa dan terkilan kerana kenyataan itu bersifat peribadi yang ditujukan pada saya.

“Jika beliau tidak suka pada saya, lebih baik diadakan pertemuan secara bersemuka tanpa perlu menghebahkan kepada media,” katanya.

Mengenai imejnya yang dikatakan tidak matang dan tidak sesuai dengan rakyat Perlis kerana berambut panjang dan sering meraung serta melompat-lompat ketika mengadakan persembahan, Faizal mendakwa Dr Mohd Asri melakukan kesilapan dalam membuat penilaian itu.

“Saya rasa beliau tersilap menilai diri saya yang sebenar. Mengapa saya dikatakan membawa imej negatif semata-mata kerana saya sering memakai baju Superman sedangkan saya bukannya menonjolkan diri saya sebagai Superman sepenuhnya yang memakai seluar dalam di luar.

“Superman hanyalah idola saya sejak kecil dan percaya setiap individu mempunyai idola masing-masing. Malah, saya tidak mempunyai krisis identiti seperti yang didakwa beliau. Sebenarnya krisis identiti lebih teruk merujuk pada pertukaran jantina antara lelaki dan wanita,” katanya. more...

No2umnO - Faizal tak paham atau mungkin kenyataan Mufti Asri belum sampai ke kepadanya. Tapi di dalam kenyataan yang di buat oleh Faizal, insiden dedah tubuh, tidak disentuh. Apa pun sebenarnya ada pihak lain yang senyap tapi sebenarnya terlibat. Etika berpakaian sekarang ni dah tidak diambil berat oleh badan yang mengawal artis artis.

Wak masih ingat di era 80an dan 90an dulu, tidak dibenarkan muncul mana mana artis wanita yang kelihatan pangkal lengannya (ketiak). Maka sibuk lah artis artis dahulu menutup tubuh dengan selendang. Tapi sekarang tidak lagi. Ketiak angkat 180 darjah pun boleh. Bila tak der larangan, artis naik kepala. Siapa agaknya yang bertanggung jawab? Tiada kata sehala dari pihak pihak yang berwajib. Akhirnya sana kutuk sini dan sini kutuk sana. Artis ambil kesempatan. Selagi orang kecoh, tiada kata pengelesaian dan mereka boleh bertindak tanpa larangan.

2 comments:

Putra IJ80 said...

Kita bersimpati dengan Faizal,entah kenapa dia dijadikan sasaran,sedangkan artis lain ada yg lebih buruk cara persembahan atau lakunannya.

Ada dua perkara yang bole Faizal fikirkan.

1.Belajar dari kesilapan

2.Mungkin ada hikmah,pertunjuk
dari Allah s.w.t.
Kita berharap die terus berjaya.

Anonymous said...

faizal cuma silap dari segi abad..
kalo kot ye pon nak banned.. banned la terus JOM HEBOH tu...nape perlu memilih artis2 lak..MILA..AYU leh lak perform kat konsert tu....sednagkan tu lagi berdosa..dah la konsert tu mmg HARAM

Posting terkini

Blog Archive