azzlie.blogspot
Mesti anda kenal siapa itu Shabery Cheek. Kalau tak kenal lagi, beliau adalah Menteri Penerangan baru yang menggantikan Zainuddin Maidin yang terkenal dialognya dengan Al-Jazeera suatu masa dahulu. Pada awal perlantikan beliau, banyak blog-blog memberikan komen dan pandangan yang positif lantaran latar belakang beliau. Pernah menjadi orang kuat Semangat 46 dan mempunyai latar belakang PAS, harapan mengunung disandarkan kepada beliau oleh rakyat bagi meng'reformasi'kan dan memberi wajah baru kepada siaran-siaran tv dan radio di bawah kelolaan RTM.
Pada awalnya, pengumuman untuk memberi ruang kepada bloggers berkongsi pandangan mereka di Tv1 memang di sambut baik. Malangnya, rancangan ini seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja yang mana ruangan yang disiarkan hanyalah 15 minit.(5 minit ditambah iklan-iklan bagi melengkapkan slot 20 minit). Sekadar mencukupkan slot sahaja rupanya rancangan ini. Dalam masa yang sama, ruangan hiburan diberikan masa yang secukupnya untuk memeningkan kepala orang yang semacam saya. Tidak silap saya, hampir setiap hari tv1 menyiarkan siaran hiburan(maaflah kalau salah, dah lama tak bukak tv1). Buka sahaja, pasti rancangan hiburan. Tidak cukup lagi tv3 dan astro rupanya.
Tapi, pandangan positif kepada Shabery semakin goyang. Radio Selangor pula di arahkan berpindah ke Angkasapuri kerana enggan memberi ruang dan masa kepada MB Selangor berinteraksi dengan rakyat Selangor. Walaupun isu ini dimanupulasikan di media-media penyokong kerajaan, rakyat mengetahui perkara yang sebenar melalui media-media alternatif(itulah kuasa blog sekiranya digunakan untuk kebaikan).
Namun pandangan kepada Shabery terus menjadi negatif. Baru sehari rtm memberikan siaran langsung selama 30 minit kepada sidang rakyat, beliau terus berlakon untuk pura-pura malu dan merajuk. Kononnya, parlimen dimanupulasikan oleh MP pembangkang bagi menarik perhatian rakyat. Come on lah brother! Rakyat di luar sana dah tak sebodoh itu tertipu dengan lakonanmu Shabery(buat malu orang teganu jer) dan MP-MP di luar sana. Memang kami semua nak tahu, bagaimana perangai dan tingkah laku MP-MP pembangkang dan kerajaan di Parlimen. Kami yang melantik mereka! Tidak kisahlah mereka ingin menjadi bigfoot ke, big monkey ke - biarlah kami menilai sendiri. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment