MStar - (...) Ketika dihubungi, Dr Asri berkata walaupun dia membantah persembahan Faizal namun ia tidak bermakna yang beliau tidak menyukai muzik Faizal.
"Saya bukan menentang muzik yang dibawa Faizal. Saya cuma tak suka Faizal melompat-lompat, menjerit dan tunjuk tangan. Kalau nak melompat-lompat macam tu, pergi ambil bahagian acara sukan atau International WWF, nanti saya pergi tengok...," jelas Dr Asri dalam perbualan telefon hari ini.Katanya lagi, "Saya bukan anti hiburan atau menghalang hiburan. Tapi ianya mesti berlangsung dalam keadaan terkawal serta tidak menyimpang daripada budaya dan ajaran Islam. Ia cuma satu teguran membina."
Jelasnya lagi, "Lompat-lompat ni macam dalam majlis sukan sahaja...."
Menurut Dr Asri, dia sedar ramai yang berfikiran dia 'menghukum' Faizal kerana insiden bekas penyanyi kumpulan nasyid itu yang membuka baju tempoh hari dalam satu pertunjukan pentas.
"Sebenarnya itu tidak benar. Itu hanya satu insiden saja. Seperti yang saya cakapkan tadi, saya tidak suka cara dia menjerit-jerit, melompat-lompat tak tentu arah tu. Adakah ibu bapa akan membenarkan anak mereka melihat penyanyi sebegitu?," tanya Dr Asri.Kata beliau lagi, dia berharap sangat agar perkara yang sebetulnya diperjelaskan kepada Faizal.
"Tolong bagi tahu Faizal, tak payahlah melompat-lompat dan menejrit-jerit macam tu. jadilah penyanyi yang berwibawa bukan yang kebudak-budakkan. Kita nak dengar lirik dan suara yang merdu..," kata mufti yang agak vokal itu. more...
1 comments:
Ramai lagi artis yg tidak bermoral,tengok saja gelagat pelakon wanita dlm cinta u-turn.Pakaian betul-betul menjolok mata,hampir nak terlondeh sebelah baju.Kenapa tak ada yg berbunyi.Sepatutnya artis tersebut digam,bukan Faizal seorang saja.
Post a Comment