KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 2, 2008

ISU PENGARAH JAIP

IPOH: Sultan of Perak Sultan Azlan Shah has ordered Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to reinstate Datuk Jamry Sury as Perak Religious Department director effective immediately as royal consent was not given for his 24-hour sacking on Tuesday. The palace is expected to issue a statement later Friday.
Ramai yang bertanya dan menghantar email mengenai kedudukan No2umnO di dalam arahan YAM Sultan untuk meletakkan kembali Datuk Jamry Sury ke jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Dimana sebelum ini beliau telah di tukarkan ke jabatan lamanya didalam tempoh segera oleh MB Perak yang baru. Wak pun tidak mahu memperbesarkan sebarang isu ini kerana ia berkaitan dengan Raja Raja dan memanjangkan cerita akan mengundang pelbagai spekulasi yang kurang enak. Perdebatan akan membawa kepada perdebatan yang membongkar segala pendapat pendapat yang mungkin agak sensitif.

Namun untuk menyedapkan hati para pembaca dan penghantar email, maka disini wak mengambil kesempatan memberikan sedikit pandangan tentang perkara ini. Walau pun agak mundur akal, tapi berusaha untuk menerangkan keadaan. Pada pandangan wak .......

Sebagai Menteri Besar Perak, dari parti PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar harus akur dengan arahan tersebut. Untuk membantah adalah umpama menyamakan Pakatan Rakyat dan UMNO.

Kita bukan dikalangan mereka dan kita kena tunjukkan rasa hormat kepada Raja dan Sultan demi masa depan bangsa. Agar rasa hormat ini memberikan contoh yang baik kepada bangsa bangsa lain yang berada di negara kita bahawa Sultan dan RAja itu berdaulat dan harus di hormati. Bukankah itu terkandung di dalam Rukun Negara?

Apa yang berlaku kepada Terengganu tempoh hari suatu yang amat memalukan. Bangsa Melayu sendiri hina Rajanya dan selepas itu, bangsa lain akan mencontohi tabiat yang tidak baik ini. Disitu, kita yang rugi. Maka kerana itu, langkah yang terbaik adalah menurut arahan YM Sultan di dalam kes di Perak kali ini.

Banyak juga cerita yang tidak sedap di dengar tentang Pengarah JAIP itu dan susun atur berkaitan dengan hal agama di Perak. Namun kita tidak perlu beremosi kerana kebenaran akan terdedah dengan sendirinya. Kita perlu berusaha dan segala galanya berserah kepada yang maha Esa. Mungkin juga arahan dari Istana mempunyai muslihatnya tersendiri. itu tidak boleh dinafikan .... contohnya seperti berikut,
Tadi aku sembahyang kat Masjid Sauk. Minggu lepas, imam orang Pas. Minggu ni imam orang Umno. Minggu lepas, Pas kutuk Umno. Minggu ni, Umno kutuk Pas.

Tadi, Imam Hj. Zain Baharin. Dia ni memang kow punya Umno. Panjang khutbah dia, jadi aku pendekkan. inter alia


"yaa ayyuhallazi naamno. Sesungguhnya kita didalam kerugian. Kalau dulu, mereka mengatakan kerajaan ini sekular, hari ini kita mempunyai kerajaan ali baba. Kalau dulu mereka memperjuangkan Islam, hari ini kita diperintah oleh bukan Islam.

Insaflah wahai umat islam. Kita perlu menghormati pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan bangsa dan agama kita, bukan pemimpin yang menternak khinzir."

- cerita selanjut nya di matsamankati
Baca butiran tajuk tajuk artikel blogger yang berada di Perak. Keadaan tegang antara ideologi politik mungkin tidak boleh dikawal kerana sikap penyokong PAS yang berdendam dengan orang UMNO. Akibatnya bila kerajaan bertukar tangan, dendam itu mahu dibalas dan mungkin tercetus ketegangan sesama bangsa Melayu.

Maka, usah di perbesarkan isu arahan. Kalau Tuhan memang mengkehendakinya begitu, maka begitu lah jadinya. Kalau Tuhan mahu BN kalah teruk, sudah pasti pada pilihanraya yang lepas, mereka sudah siap siap gulung tikar. Tapi itu tidak berlaku. Fikir positif dan masa akan menentukannya.

Maka, yang sudah, sudah dan sekarang adalah masa untuk menjalankan tanggung jawab dan memantau mereka mereka ini agar bersungguh sungguh melakukan tanggung jawab tanpa mengira parti. Mata sedang memerhati.

Kalau ada yang masih berdegil, maka menjadi amanah untuk membuat lapuran. Tapi harus ingat .... Hal hal bersangkutan dengan Agama Islam di negara kita adalah tanggung jawab dan di bawah kuasa YAM Sultan dan Yang DiPertuan Agong. Selepas ini apa apa tindakan perlu lah merujuk kepada YM Sultan sebelum melakukan sebarang tindakan. Perkara ini perlu diambil berat oleh MB mana mana negeri sekalipun.

Yang jelas adalah, kita masih tahu adat istiadat dan rasa hormat kerana kita bukan lah UMNO. Akur ikut arahan kerana bertegang leher dan berkeras tidak akan menyelesaikan masalah, cuma merosakkan nama bangsa dan agama. Berbanggalah lah kerana sikap toleransi Pakatan Rakyat memberikan satu gambaran perbezaan antara kita dan musuh kita.

Menyedari akan hakikat ini maka, KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berhasrat untuk bertemu YDP Agong atas urusan yang sama .... Rujuk : Kerajaan P. Pinang Akan Menghadap Yang di-Pertuan Agong Berhubung Isu YDP MAIPP

Sekurang kurangnya kita berbangga kerana KM yang berlainan bangsa turut memberikan penghormatan kepada Institusi Raja Raja Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

I don't mean to offend HH Sultan Perak. Why the palace must interfere in the administrative rights of the MB.
Isn't that choice of MB to appoint someone who has ability and especially someone who takes instruction and not go against the MB?

Anonymous said...

why is the MB so arrogant?

if in doubt, he shuld refer to the Istana first.

no use being a loose canon, cos after this ppl will not hv respect for him.

Daulat Tuanku !

Posting terkini

Blog Archive