Abdullah Setuju Jika Siaran Langsung Dewan Rakyat Dihentikan
bernama - (...) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang Dewan Rakyat semalam sebagai "keterlaluan" dan bersetuju dengan sebarang keputusan untuk menghentikan siaran langsung persidangan dewan selama setengah jam menerusi saluran RTM1.
Perdana Menteri yang berada di Dewan Rakyat semalam, berkata beliau berasa malu dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ia dapat disaksikan oleh orang ramai menenerusi siaran langsung televisyen.
"Saya rasa seolah-olah semua ini terjadi kerana ada tv yang membuat rakaman dan masing-masing nampaknya ingin dilihat berbahas atau beraksi dalam dewan pada waktu itu," katanya kepada wartawan Malaysia sejurus sebelum berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah selepas menghadiri sesi penutup Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) Keempat di sini Khamis.
Semalam, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam akan dikaji semula berikutan kekecohan itu.
Ahmad Shabery berkata keputusan sama ada Kementerian Penerangan meneruskan siaran langsung itu akan dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Jumaat.
katanya more...
May 2, 2008
PAK LAH BIMBANG KEPINCANGANNYA DI DEDAH
Labels: Belit Dollah, Sidang Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Tindakan menyiarkan secara lansung perdebatan Dewan Rakyat adalah satu tindakan yang baik. Rakayat akan dapat tahu dan menilai wakail Parlimen yang dipilih benar-benar berjuang untuk rakyat atau sekadar melukut di tepi gantang.
Kekecohan adalah petanda baik menunjukkan wakil rakyat mula hendak mengambil bahagian dalam sidang dan melontarkan idea.
Cuma yang diharap, idea yang diberi adalah bernas dan berkualiti. Rakyat tidak mahu mendengar idea yang ketinggalan atau lawak bodoh yang dibuat di dalam Sidang Dewan Rakyat.
Speaker juga perlu lebih tegas dan fleksibel mengikut keadaan demi menjaga ketertiban di dalam sidang.
Post a Comment