Inspektor polis dakwa BPR pukul guna hos besi
Bharian - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor mendakwa dipukul menggunakan hos besi, diarah berbogel serta ditampar beberapa kali ketika ditahan tiga pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) cawangan Miri dalam kejadian di pejabat jabatan itu, Isnin lalu.
Pegawai polis berusia 28 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri itu, ditahan BPR atas dakwaan cuba meminta wang sogokan daripada seorang suspek lelaki positif ujian air kencing.
Lelaki itu kemudian menawarkan sejumlah RM3,000 kepada pegawai polis berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut tidak diambil ke atasnya dengan satu pertemuan diatur antara mereka petang Isnin lalu.
Pejabat BPR Miri yang menerima aduan lelaki itu kemudian menahan pegawai polis berkenaan bersama seorang lagi anggota polis berpangkat lans koperal berusia 38 tahun, ketika mereka berjumpa di satu lokasi di Miri. more...
No2umnO - Kalau BPR pun ganas, maknanya BPR dah sampai ranking sama ngan polis la.....Kata dulang paku serpih .......Kalau kuasa ada ditangan, semua orang dia nak lengan.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment