KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 2, 2008

Kedah rancang litar khas untuk mat rempit

Sebelum ini negeri Kelantan dan sekarang Kedah. Usaha untuk mengurangkan gejala rempit di kalangan anak muda. Mungkin ada yang membangkang kerana masih ada gedoak gedoak UMNO mahu anak Melayu mati terus di jalanraya dan habiskan masa mereka tua di penjara. beritanya .....

Mstar - Kerajaan Kedah akan mengkaji cadangan membina litar khas untuk golongan muda yang gemar merempit di jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan masih menunggu hasil laporan kajian serta perbincangan antara Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan, dan pihak penguatkuasa.

"Saya masih menunggu laporan yang dibuat oleh Exco terlibat dan keputusannya akan dibuat selepas semua kajian selesai," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar dan Perhimpunan Kelab Motor Klasik Utara di Peranginan Titi Hayun di sini petang semalam.

Azizan berkata laporan itu membabitkan cadangan kawasan pembinaan, kos dan pengurusan litar selain syarat-syarat yang akan dikenakan kepada pengguna litar. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive