tintaemas
Pada hari Sabtu, penulis bersama teman penulis melawat keluarga angkat kami di Jalan Bharu, Balik Pulau. Bapa angkat kami adalah Ketua UMNO Cawangan Jalan Bharu dan Pengerusi JKKK Jalan Bharu. Rumah keluarga angkat kami hanya selang serumah dengan rumah YB Mohamad Farid Saad (ADUN Pulau Betong). Penulis dengan teman penulis, mengenali YB Mohd Farid secara peribadi kerana kami pernah bekerjasama di dalam melaksanakan satu program di Balik Pulau. Ketika itu YB Mohd Farid, sangat mengambil berat akan program yang kami jalankan dan beliau memberikan kerjasama yang amat baik sekali.
.
Suasana di Balik Pulau tidak banyak berubah. Keadaannya adalah seperti biasa. Cuma kini, semakin banyak bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berkibar berbanding dahulu. Ini kerana berdasarkan pengalaman penulis di kawasan yang unik ini, Balik Pulau adalah kubu kuat UMNO zaman berzaman.
.
Kami berbual-bual bersama keluarga angkat setelah sekian lama tidak menziarahi mereka. Ini kunjungan kami yang pertama selepas PRU-12. Penulis dan teman penulis sempat bertanyakan mengenai hal PRU-12 di Parlimen Balik Pulau.
Read more ......
May 7, 2008
CERITA DI BALIK PULAU..
Labels: Penang Politics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment