kudakepang
Sebenarnya saya tidak peduli. Tetapi ramai sahabat-sahabat menyangka bahawa saya hanya syak wasangka tentang adanya percubaan menggodam blog kuda-kepang.
Kisah ini betul. Ikut laporan yang saya terima daripada pembekal keselamatan kepada komputer saya, memang terdapat 11 kali percubaan menggodam blog ini daripada jam 4.00 petang 5 Mei 2008 hingga jam 4.00 pagi 6 Mei 2008. Percubaan ini dilakukan daripada beberapa pangkalan tempatan.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang sahabat yang memberikan komen bahawa beliau sudi membantu saya untuk mengesan penggodam berkenaan. Saya akan e-mailkan seluruh maklumat terperinci kepadanya dengan seberapa segera.
Pada awal Ogos 2007, saya pernah menerima SMS yang mengugut supaya blogger seperti saya “being put to sleep” atau dibunuh. Saya telah membuat laporan polis di Kajang mengenai ugutan ini untuk melindungi keluarga saya, diri saya sendiri serta para bloggers lain di seluruh negara.
Beginilah nasib bloggers sosio-politik di Malaysia. Mutakhir ini, saya dapat berita, beberapa sahabat saya sudah ditemui oleh beberapa pihak tertentu. Mereka diberikan “tawaran kewangan” kononnya supaya menjadi bloggers yang akan memihak kepada pihak terbabit. more...
Read more ......
DSA JAWAB HENTAM KROMO JEBAT DERHAKA ISU KWSP..
9 minutes ago
0 comments:
Post a Comment