kelantankini
oleh mohd sayuti omar
(...) Mungkin Raja Petra ada mesej dan maksud tersendiri kenapa beliau memilih atau berkorban untuk berada kira-kira lima bulan di penjara daripada membayar wang jaminan sementara menunggu hari perbicaraan!
Raja Petra didakwa di Mahkamah Seksyen Pentaling Jaya menjelang tengah hari ini di bawah Akta Hasutan. Beliau di dakwa di bawah Seksyen 4(1(c) Akta Hasutan, berhubung sebuah artikel yang beliau paparkan dalam laman blognya ‘malaysia-today‘ berjudul Let’s Send Murderes Altantuya to Hell beberapa hari lalu yang dikatakan ada kaitan dengan Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Beliau diperintah ikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu hari perbicaraan yang ditetapkan pada 6 hingga 10 Oktober hadapan. Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa, Nordin Hassan menakala Raja Petra dibela oleh enam orang peguam bela yang diketuai oleh Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP.
Berhubung apa yang berlaku ke atas Raja Petra ini jauh sekali untuk dikatakan beliau tidak mampu menyediakan wang jaminan sebanyak itu. Atau rakan-rakan blogger tentu sekali bersedia untuk mencari wang bagi ‘membebaskan’ Raja Petra.
Read more ......
May 7, 2008
Raja Petra rela dipenjara, tolak bayar ikat jamin
Labels: Raja Petra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment