Mulanya aku terkezzzut dengan berita yang disiarkan di dalam Utusan Meloya, akhbar lidah kerajaan. Begini tajuknya : Stesen televisyen rakam insiden polis bertindak ganas ke atas orang awam.
Bila di 'klik' pada tajuk berkenaan rupanya insiden itu berlaku di luar negara. Aiyaaa......biasa la. Cuma yang tak biasa adalah insiden ganas polis di Malaysia. Tak pernah dirakam dan tak pernah disiar. Atau dirakam, tapi takkan disiarkan.
Berita yang dimaksudkan adalah
Stesen televisyen rakam insiden polis bertindak ganas ke atas orang awam
Utusan meloya
Stesen televisyen MTFX-TV di sini telah mengesan dan merakamkan insiden keganasan polis ke atas orang awam dalam satu pemeriksaan jalan raya berhubung laporan rompakan, kelmarin.
Kejadian berlaku selepas seorang rakan setugas mereka, Sarjan Stephen Lichzbinski, ditembak mati dalam satu kes rompakan dua hari sebelum itu.
Rakaman itu yang diambil di udara dari sebuah helikopter menunjukkan enam orang anggota polis sedang membelasah tiga orang lelaki selepas menahan sebuah kereta yang mereka naiki.
Rakaman televisyen itu menunjukkan tiga kereta peronda polis telah menahan sebuah kereta kelmarin, sebelum 12 anggota polis berkenaan mengepung kereta tersebut dan enam daripada anggota polis itu kemudian menarik keluar tiga orang mangsa dari dalam kereta yang mereka naiki sebelum memaksa dua daripada mereka meniarap ke tanah.
Dua mangsa itu kemudian disepak berulang kali oleh anggota-anggota polis tersebut, manakala seorang lagi ditumbuk serta dipukul dengan belantan oleh beberapa anggota polis yang lain.
“ Insiden itu kelihatan ganas kerana kekerasan yang digunakan. Namun kami tidak mahu membuat penilaian secara terburu-buru,” kata Pesuruhjaya Polis, Charles Ramsey.
Polis menjelaskan bahawa kesemua pegawai polis tersebut bertindakbalas ekoran laporan tembakan di kawasan berdekatan tetapi punca keganasan itu tidak jelas.
“Emosi anggota-anggota polis yang lain terganggu sejak Sarjan Liczbinski mati ditembak pada Sabtu lalu,” kata Ramsey.
Lichzbinski adalah anggota polis yang ketiga terbunuh semasa bertugas di negeri Pennsylvania sejak dua tahun lalu. – AP
0 comments:
Post a Comment