tranungkite - Perkembangan politik di Malaysia kini mendapat tumpuan khas negara-negara asing terutamanya negara-negara ASEAN ekoran dari wujudnya kekecohan dalam parti-parti Barisan Nasional yang hampir kalah pada PRU Malaysia ke-12. Negara-negara luar memantau dengan rapi krisis kepimpinan yang wujud dalam UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional.
Mereka membuat rumusan bahawa Abdullah Badawi adalah 'lame duck Prime Minister' yang sedang ditekan untuk letak jawatan bukan saja oleh pembangkang tetapi oleh orang-orang UMNO dan beberapa anggota kabinetnya sendiri. Negara-negara asing membuat ramalan tempoh Pak Lah sebagai Perdana Menteri boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja, tak semestinya pada Perhimpunan Agong UMNO yang dijadualkan Disember ini.
Dengan tanggapan (perception) negatif sedemikian, maka negara-negara lain terutamanya negara-negara ASEAN tidak begitu mengindahkan atau menghormati Abdullah Badawi dan kerajaannya. Kerana kedudukkan kerajaan Abdullah Badawi dikira amat rapuh sekali, maka sebarang apa perundingan secara dua hala (bilateral) dengan Malaysia cuba ditangguhkan seboleh mungkin. Jelas bahawa sikap Abdullah Badawi berdegil dan tidak mahu letak jawatan punyai implikasi dan kesan yang negatif kepada hubungan antara Malaysia dan negara-negara lain. Situasi sedemikian membimbangkan dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak stabil yang memerlukan kerjasama negara-negara serantau untuk menanganinya.
- baca selanjutnya di SINI....
May 7, 2008
Negara lain dah tak hormat kerajaan Pak Lah
Labels: Dollah Pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment