Bas dinaiki 40 murid, pelajar terbalik
Utusanloya - Sebuah bas sekolah yang dinaiki oleh 40 murid dan pelajar Sekolah Islam Hidayah terbalik di persimpangan lampu isyarat Taman Impian Emas, Jalan Kempas Lama di sini hari ini.
Bagaimanapun, kesemua mangsa terselamat tetapi sebahagiannya mengalami cedera ringan dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu.
Pemandu bas terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Pungut, 49, berkata, bas itu pada mulanya sedang menuruni bukit dari arah Taman Impian Emas.
Menurutnya, tiba-tiba ia mengalami kerosakan brek dan melanggar sebuah kenderaan di hadapannya sebelum terbalik di kawasan lapang di seberang jalan raya itu.
"Mujurlah kesemua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk hanya beberapa pelajar saja yang cedera ringan," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik bas tersebut terbalik, orang ramai yang kebetulan melalui jalan tersebut bergegas menolong mangsa-mangsa yang terperangkap dalam bas.
Read more ......
May 7, 2008
LAGI KEMALANGAN BAS ...
Labels: Kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment