tranungkite - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) mendesak kerajaan agar membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan segera tanpa syarat atau bicarakan mereka dalam mahkamah terbuka jika terdapat sebarang pendakwaan terhadap mereka.
Dalam Ucapan Menjunjung Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) itu mengecam penggunaan ISA. Menurutnya, sejak diperkenalkan pada tahun 1960, ISA telah menjadi alat yang paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa bicara.
ISA juga menyekat kebebasan individu dan meningkatkan kuasa eksekutif serta melemahkan kuasa mahkamah dari menyemak sebarang ketidakadilan, ujarnya.
Selain menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia, ISA juga mempunyai kesan terhadap masyarakat sivil dan ianya menjejaskan kegiatan dan penglibatan politik di Malaysia, katanya.
ISA seringkali digunakan untuk menyekat aktiviti politik, akademik, sosial serta mencengkam pandangan badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik, katanya.
Read more ......
May 7, 2008
ISA akta yang diperguna untuk menyekat kebebasan individu, politik - Wan Azizah
Labels: Abolish ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment