malaysiakini - Tidak kurang dari 600 penduduk di taman perumahan di bandar Mahkota di Cheras berhimpun petang ini bagi menghalang syarikat konsesi - Grand Saga - membina semula tembok menutup jalan masuk ke perumahan mereka.
Mereka mula berkumpul tengahari tadi selepas mendapat tahu yang syarikat berkenaan akan memulakan kerja membina tembok penghalang tersebut.
Sebelum ini, tembok penghalang di situ telah dibuang pada 21 April lalu, selepas bantahan keras dari penduduk yang sama.
Pada kira-kira jam 3 petang, para pekerja dilihat mahu memulakan kerja-kerja pembinaan tembok di situ tetapi dihalang oleh penduduk terbabit.
Ada antara penduduk yang dikatakan merampas kunci jentolak yang digunakan untuk membina tembok tersebut.
Manakala ada juga yang bertindak nekad duduk di tempat di mana tembok itu sepatutnya dibina.
Kemudian, kira-kira jam 4.50 petang, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menghantar seorang pegawai dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengarahkan syarikat konsesi itu menangguhkan kerja tersebut.
Tetapi pengarah eksekutif syarikat konsesi tersebut, Zainal Abidin Ali menafikan menerima sebarang arahan daripada LLM.
- baca selanjutnya di SINI....
May 7, 2008
Penduduk berhimpun bantah jalan ditutup
Labels: Grand Saga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment