KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

Selangor Lantik Ahli Majlis PBT Berkelayakan

suarakeadilan - KERAJAAN Pakatan Rakyat negeri Selangor akan melantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari kalangan profesional termasuk mereka yang mempunyai perbezaan fahaman politik.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, berkata kriteria keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersama Pakatan Rakyat dan berkemampuan memenuhi kriteria profesionalisme yang tinggi bagi memudahkan urusan pentadbiran dijalankan.

Disamping itu, menurutnya, keutamaan juga adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sambil meningkatkan imej setiap PBT di negeri itu.

Bagaimanapun katanya, kalangan ahli majlis tidak akan dilantik jika mereka tidak mempunyai kelayakan professional tidak kira samada mereka terdiri daripada Ahli Pakatan Rakyat mahupun parti politik lain.
- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive