hmetro - “SAMPAI nak tahu tidur di mana, makan di mana... ini ke urusan Parlimen? Pembangkang suka korek... kaki korek. Kalau nak buat pembetulan, kita alu-alukan tetapi jangan jadi seperti tikus membaiki labu,” kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika sesi Dewan Rakyat, semalam.
Ibrahim sebelum itu membahaskan isu peruntukan RM9 juta di bawah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008, bagi menganjurkan acara lumba basikal Le Tour de Langkawi yang menjadi perbincangan hangat di Dewan.
Perbahasannya sempat dicelah beberapa wakil pembangkang yang turut mempersoalkan kepentingan acara terbabit kepada negara apabila membabitkan peruntukan begitu banyak.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanadzlah, berkata daripada peruntukan itu, hanya RM5 juta digunakan untuk membiayai Le Tour.... selanjutnya.
No2umnO - SAMPAI nak tahu tidur di mana ..... sekarang ada yang tak lena tidur.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
37 minutes ago
0 comments:
Post a Comment