KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 29, 2008

Nikmat rakyat Selangor yang tidak dikecapi dalam pemerintahan BN

harakahdaily - Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyiasat penglibatan samseng yang memukul penduduk hingga berlaku tragedi berdarah, sama ada ia turut melibatkan syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang atau tidak, sangat dialu-alukan rakyat.

Kes orang awam kena pukul oleh semseng yang diupah syarikat pemaju atau konsesi memang sudah menjadi perkara biasa dalam pemerintahan BN.

Sebab itu pemerintah BN memang terkenal dengan berleluasanya mafia yang `mencari makan' dengan golongan kapitalis untuk mengugut dan memukul orang awam yang dikatakan menggangu urusan `pembela' mereka.

Malah bagi bukti penglibatan semseng dengan pemaju amat sukar kerana ia dilindungi sama ada pihak berkuasa atau pengaruh kerajaan sendiri. Walaupun perkara ini juga berkait dengan unsur rasuah atau imbuhan lumayan bertujuan tutup mulut dan putar belit kejadian sebenar.

Bagi menjaga kepentingan kapitalis ini, tidak hairanlah orang awam turut dipukul oleh pasukan keselamatan. Polis yang hadir sepatutnya bertindak menjaga keselamatan apabila ada perhimpunan sebaliknya mereka bertindak di luar etika memukul orang awam.

Dalam kes 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah remaja Chang Jiun Haur dengan cota dan ditendang sehingga berdarah, memang boleh berlaku kerana dasar seumpama itu masih lagi menguasai Kerajaan Pusat.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive