buletinonline - [...] Deris berkata perkara itu telah dimaklumkan semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, di ibu negara, Rabu (mungkin kelmarin).
"Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (Perdana Menteri) terima, saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya.
Bernama juga melaporkan bahawa Deris tidak menyatakan sebab-sebab beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan itu.
Walaubagaimana pun, maklumat berkenaan perjumpaan Deris dengan Pak Lah sebagaimana SMS yang diterima Bernama dari Deris, tidak dapat disahkan.
Sejak dari pagi sudah pasti para wartawan berkumpul di Parlimen mengikuti sidang yang sedang berlangsung, selain menunggu kemunculan Ezam yang dijadualkan bertemu Pak Lah.
Adalah mustahil tiada seorang pun yang dapat menghidu tentang pertemuan Deris dengan Pak Lah sebagaimana yang didakwa oleh Deris.
Manakala Pak Lah ketika membuat pengumuman menerima Ezam kembali masuk UMNO pada jam 4.10 petang tadi, tidak pula membuat sebarang ulasan tentang perletakan jawatan Deris sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.... selanjutnya.
May 29, 2008
Misteri Perletakan Jawatan Deris Jusoh
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment