tranungkite - [...] Aku diberitahu, bahawa giliran membaca khutbah hari ini ialah Ustaz Wan Zamri, selepas bilal berselawat keatas Nabi, terus Ust Wan Zamri bangun untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang khatib, tiba-tiba bangun seorang tua (Hj Ya…umurnya hampir 75 tahun) meluru kearah bilal dengan membawa teks khutbah,juga hendak membaca khutbah. Akhirnya berlakulah perbalahan dihadapan para hadirin.
Akhirnya bangun pengerusi masjid Kg Semayor mengumumkan bahawa Ustaz Wan Zamri tidak dibenarkan untuk membaca khutbah dan surat tentang perkara tersebut telah dikeluarkan pada 1 Mei 2008 lagi.Akhirnya Ust Wan Zamri akur dengan pengumuman tersebut. Menyebabkan ada ahli-ahli qariah yang tidak berpuas hati dan turun meninggalkan masjid..Sedangkan Ust Wan Zamri mendapat tauliah dari istana.
Sekiranya beliau ikhlas dan bertanggungjawab diatas tugasnya sebagai pengerusi masjid, kenapa tidak dimaklumkan lebih awal lagi iaitu sebelum giliran Ust wan Zamri membaca khutbah?sedangkan dalam pengemumannya dimasjid tadi beliau menyatakan penguatkuasaan bermula pada 1 Mei 2008 lagi. Bermakna sudah 23 hari beliau mengetahui maklumat ini.
Inilah gambaran…betapa jahatnya pengerusi masjid Kampung Semayor, Kemasik, Kemaman. Peristiwa tersebut seolah-olah ada perancangan yang rapi untuk menjatuhkan air muka Ustaz Wan Zamri.... selanjutnya.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
33 minutes ago
0 comments:
Post a Comment