chegubard - saya hubungi no itu semula dia kata dia Zaidi, Kelang. Saya cuma bercakap saudara bebas bercakap tapi jangan libatkan makian terhadap keluarga saya.... tapi beliau dengan kasar menuduh " kau sapa...kau tak tubuh gerak pun... kau sama sial macam Ruslan .... " tapi bila diajak berjumpa untuk penjelasan beliau beri alasan...
Ingin saya jelaskan........
1. kenapa kita perlu terpengaruh dengan laman atau blog nyamuk yang penulisnya berselindung dan jelas pro parti lawan..???
2. merujuk kepada berita Malaysiakini ingin diperjelaskan* saya mengambil pendirian tidak komen bukan semestinya saya mengikuti Ezam3. saya terharu dengan panggilan telefon dari teman - teman pemimpin pertengahan dan rakan pejuang di bawah .... saya paham kegusaran semua.... jesteru itu saya mohon semua bekerja keras untuk kepentingan rakyat terbanyak.... jangan kita termasuk dalam golongan yang pandai beri komen...cakap banyak dan kasar... atau hanya ampu dan muncul bila melihat peluang terhidang........tetapi bila dinilai tidak banyak pun membantu dan berada di tempat selesa bila masa memerlukan pengorbananya...
* saya tidak komen kerana saya tidak mahu buang masa dan terperangkap dengan isu yang remeh ...banyak isu dan kerja lebih besar yang perlu diselesaikan
* 'perjumpaan sulit' ....pertemuan saya dengan Ezam bukan pertemuan sulit memang benar saya jumpa dengan beliau.... kami berbincang banyak perkara termasuk menngenai GERAK yang saya bantu beliau tubuhkan, kerana bukan sedikit masa, tenaga dan wang dikorbankan untuk membina GERAK sehingga dikenali di tahap sekarang ini dan jika benar Ezam mahu menyertai mana - mana parti politik GERAK perlu diserahkan kepada kumpulan bebas.
4. Ezam tidak pernah mengajak saya memasuki Umno jauh lagi menawarkan apa jua jawatan kepada saya.
5. memahami tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin.......... saya faham kemungkinan timbulnya kekeliruan ini kerana semua terjadi serentak... Ezam membuat keputusan masuk Umno-saya masih ada hubungan baik dengan Ezam dan juga pada masa yang sama saya ada melontarkan sedikit 'teguran' mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6. mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang....... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment