malaysiatoday - [...] Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.
Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.
Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.
Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.
Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.
... selanjutnya.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
35 minutes ago
0 comments:
Post a Comment