KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 29, 2008

Roboh penghadang jalan - MB

kosmo - [...] Kerajaan Selangor mahu penghadang jalan keluar-masuk Bandar Mahkota Cheras dirobohkan walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi kelulusan untuk membina tembok tersebut.

Ini kerana kerajaan negeri berpendapat, isu itu adalah perbalahan antara dua pihak iaitu pihak konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan pemaju kawasan tersebut, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua syarikat terbabit sudah membawa pertikaian itu ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan atau memutuskan sebarang tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun tegas beliau lagi, kerajaan negeri memberi jaminan akan membuka semula jalan masuk ke kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras apabila mendapat kebenaran Kementerian Kerja Raya.

"Kita sudah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya semalam (kelmarin) dan amat berharap pihak kementerian terbabit akan dapat membuat keputusan membuka semula jalan ini.

"Tetapi kita sudah membuat keputusan supaya penghadang jalan berkenaan dialih supaya penduduk boleh guna jalan ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini semalam.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive