KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

Abu Nawas dengan Raja..

Email: Sebastianjoshua

Ini ialah kisah dari zaman purba. Zaman UMNO dan PAS masih belum lahir lagi. Malah Dolah Bedui dan Mahathir yang parti bebas pun belum dikandungkan lagi. Kira sangat lamalah peristiwa ini berlaku.

Cerita ini mengisahkan Abu Nawas, seorang gembala kambing yang popular pada zaman itu dengan seorang raja yang adil Raja ini bukan jenis kaki betina dan tidak pula menggilai artis seperti sesetengah raja di Malaysia. Pendek kata raja yang baik, yang tidak zalim dan raja yang adil.
Pada suatu hari raja terdengar tentang kehebatan Abu Nawas yang bijak berkata-kata dan berhujah. Mungkin sama pandainya dengan DSAI sekarang. Raja pun panggil Abu Nawas ke istana untuk satu ujian pemahaman dan menguji kecerdikan Abu Nawas.

Di pendekkan cerita maka sampailah Abu Nawas ke istana raja yang tersergam indah. Siap dengan dayang dan khadam serta pembesar-pembesar istana yang berpakaian indah-indah belaka.

Tapi amat terkejut Abu Nawas sebab raja tak berkata-kata sebaliknya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kacau bilau strategi Abu Nawas. Maka bermulalah dialog yang tanpa suara itu dengan menggunakan bahasa isyarat.

Raja pun angkat satu jari telunjuk dan dibalas oleh Abu Nawas dengan mengangkat dua jari, satu jari telunjuk dan satu lagi jari hantu. Raja mengangguk menandakan betul. Abu Nawas lega sebab raja tidak murka.

Raja kemudiannya mengeluarkan bawang, Abu Nawas pula keluarkan sebiji telur. Raja angguk juga tanda setuju dan Abu Nawas urut dada.

Raja mengangkat kedua-dua tangan dan membuat satu urutan macam bulatan, Abu Nawas tunjuk penumbuk kepada Raja. Raja angguk lagi dan lapang dada Abu Nawas.

Semasa proses ini berlaku, ramailah penghuni istana yang melihatnya dan mereka tercengang-cengang tak mengetahui apa maksudnya.

Selepas selesai dialog tersebut, maka bertanya Bendahara kepada Raja tentang soalan dan jawapan dalam dialog tersebut. Raja pun menceritakan satu persatu.

Pertama beta tunjukkan satu menandakan Allah itu satu dan Abu Nawas jawab dua menandakan tak cukup Allah saja, mesti ada Rasulullah, baru mantap agama kita. Tentulah betul kata Raja.

Kedua beta keluarkan bawang menandakan dunia ini berlapis-lapis seperti bawang dan Abu Nawas keluarkan telur menandakan Allah mampu buat apa saja. Nak buat bumi yang berlapis pun boleh nak buat bumi yang tak berlapis macam telur pun boleh. Tentulah betul jawapan Abu Nawas.

Ketiga beta buat tanda bulatan menunjukkan Allah pemerintah sekelian alam dan Abu Nawas menggenggamkan penumbuknya menandakan semua Alam ini adalah dalam kekuasan Allah. Sekali lagi betul.

Bijak Abu Nawas dalam pemikiran Raja.

Pergi pula Bendahara kepada Abu Nawas untuk bertanyakan pemahaman Abu Nawas pula.

Ini versi Abu Nawas:

Pertama Raja tunjuk satu sebab dia nak seekor kambing, maka aku tunjuk dua sebab aku nak bagi dua. Raja suka.

Kedua raja ajak aku makan bawang, aku keluarkan telur sebab bawang dengan telur lebih sedap. Raja seronok lagi.

Ketiga Raja tunjukkan isyarat tangan menunjukkan dia nak kansemua kambing aku, apa lagi aku tunjuk penumbuklah. Mana boleh ambil semua kambing aku. Raja pun takut kepada aku.

Itulah bila dua orang yang berbeza IQ berbicara. Serupalah DSAI yang IQ tinggi berbicara dengan Pak Dolah yang IQ rendah. Payah nak berdialoq dengan puak UMNO yang bodoh tu.

Sekian....Wassalam

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive