hmetro - Walaupun baru diserbu lima hari lalu, peniaga haram warga Myanmar yang menjajah Pasar Borong Selayang di sini, kembali ‘garang' apabila mengacukan pisau ke arah seorang pemandu kereta yang tidak sengaja melanggar barang jualan mereka.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, seorang peniaga Myanmar dikatakan menunjukkan pisau pemotong sayur kepada seorang kerani sebuah syarikat pencetakan yang ketika itu melalui kawasan tepi pasar borong untuk menuju tempat kerja.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 25, berkata ketika itu dia memandu Perodua Kancil cuba melepasi kawasan pasar berkenaan yang sesak dengan peniaga terbabit di bahu jalan.
Menurutnya, dia tidak sengaja terlanggar bakul jualan milik peniaga terbabit menyebabkan ia terbalik.... selanjutnya....selanjutnya.
Jun 2, 2008
Peniaga Myanmar tunjuk belang
Labels: Pendatang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment