KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

Dr Asri tuduh Faisal 'berbohong'

surat bantahan faisal tehrani harian metro 050208malaysiakini - [...] "Kita boleh terima karya seni. Saya rasa (saya) yang paling terima karya seni berbanding orang agama yang lain.

"Tetapi, macam mana pun kita tak boleh terima pembohongan," kata Dr Mohd Asri kepada Malaysiakini minggu lalu, ketika ditanya sebab beliau menulis surat membantah karya itu kepada Harian Metro.

Dalam suratnya aduan bertarikh 6 Februari lalu, berdasarkan satu daripada siri novel Ketupat Cinta, beliau menyifatkan Faisal "seorang yang berfahaman Syiah dan beliau menggunakan saluran penulisan sebagai wadah penyebaran fahaman yang dipegangnya."

Berdasarkan siri keempat berjudul 'Bubur Ratapan Asyura' yang diterbitkan pada 5 Februari lalu di tabloid tersebut, mufti itu mendakwa Faisal menggunakan "hadis palsu untuk mengagungkan Syiah" dan menggunakan "pegangan dan fahaman Syiah mengenai sambutan Asyura."

Dr Mohd Asri bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian-bahagian dalam karya sastera itu yang dianggap mengagung-agungkan fahaman tersebut.

Salinan surat kepada ketua pengarang akhbar itu dikirimkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

Selain karya tersebut, mufti Perlis mendakwa Faisal juga menyebarkan fahaman Syiah melalui blognya.
... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive