ibrahimbaba - [...] Sebagai pemimpin Melayu, seorang yang duduk dalam pentadbiran tertinggi Kerajaan, Dr. Latiff sewajarnya tidak melepaskan tangan dan menyerah kepada NGO.
Beliau dan kerajaan berwajib untuk menimbang kembali polisi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan agar tidak menjurus kepada menggalakkan pergaulan bebas, kerosakan akhlak remaja dan sebagainya.
Kita tidak perlu dilihat jauh. Sambutan yang sepatutnya mengajak rakyat, terutama kaum remaja memahami erti patriotik dan cintakan negara yang merdeka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sememangnya melalaikan anak-anak muda dan menggalakkan kerosakan akhlak dengan pergaulan bebas.
Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat permasalahan ini dari akar umbinya. Bukan sekadar cuba membaiki gejala yang menular akibat polisi dan usaha yang tidak bersungguh dalam menyelesaikan punca timbulnya gejala ini.
IB mengatakan kerajaan tidak serius dalam hal ini. Para pemimpin Melayu amat tidak serius untuk menyelesaikan masalah ini.
Kita bandingkan dalam senario yang berbeza. Apabila sebahagian besar pengundi muda Melayu menolak UMNO dalam PRU1999, kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk memastikan bakal pengundi baru tidak lagi melakukan perkara yang sama pada PRU1999. Hampir seluruh jentera telah dikerahkan, terutamanya di IPTA untuk mengengkang pengaruh “pembangkang” dari “masuk” ke kampus. Segala usaha ke arah kebaikan dihalang dan mahasiswa dilalaikan dengan sogokan yang melesukan aktiviti kemahasiswaan dari berfikiran matang.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment