KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

Polis siasat pegawainya didakwa rampas tanah 787 hektar

utusmeloya - Bukit Aman hari ini mengesahkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Supritendan kini disiasat berhubung dakwaan terlibat dalam isu rampasan tanah di Kampung Tingkayu, Kunak, Sabah.

Suspek dikatakan telah menyalahgunakan kuasa apabila melindungi sebuah syarikat hartanah yang didakwa merampas 787 hektar ladang sawit milik pekebun kecil bernilai kira-kira RM40 juta di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, kes itu dirujuk ke Bahagian Tatatertib Bukit Aman untuk siasatan menyeluruh.

Beliau menjelaskan, bentuk tindakan ke atas pegawai terlibat sekiranya terbukti bersalah akan ditentukan setelah laporan lengkap mengenai kes itu diperoleh.

''Memandangkan perkara ini masih disiasat, saya tidak mahu mengulasnya secara terperinci.

''Jika dakwaan itu terbukti benar, pegawai itu akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive