KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

Ezam Kembali Bersama Katak-Kataknya?

kickdefella - Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional. Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.

Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.

Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotak? Apakah isi kandungan kotak-kotak itu? Hari ini segala-galanya telah jelas lagi bersuluh. Sebenarnya satu ketika dahulu Ezam keluar UMNO dengan enam kotak kosong, tetapi hari ini, Ezam kembali ke dalam UMNO dengan 6 kotak berisi.

Apakah yang diisi di dalam kotak-kotak itu? Apakah enam kotak itu berisi segala bentuk dokumen yang boleh memusnahkan Anwar Ibrahim dan mereka yang setia dengannya? Apakah enam kotak itu berisi segala dokumen dan skandal yang boleh menumbangkan kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat? Atau enam kotak itu berisi berjuta-juta ringgit sebagai habuan kepulangannya ke dalam UMNO.

Seorang Ahli Parlimen yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim memberitahu saya, Ezam menawarkan RM10 juta kepada 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengikutnya menyertai UMNO. Jika ini berlaku, tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

katak tak der maruah ni

Posting terkini

Blog Archive