KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 5, 2008

ANTI ISA: BORANG PERMOHONAN HILANG?

Polis dakwa borang permit hilang: Himpunan anti-ISA diteruskan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sudah menjangkakan bahawa pihak polis akan bertindak menghalang kelancaran program 'candlelight vigil' di Dataran Merdeka, pada malam ini dengan menutup Jalan Raja serta tidak meluluskan rayuan permohonan permit badan itu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, perkara seperti itu sudah dijangkakan, apatah lagi dengan penolakan permit sebelum ini.

"Kita memang sudah jangkakan perkara seperti ini akan berlaku. Lebih-lebih lagi berkaitan soal teknikal seperti dakwaan kami tidak memohon permit bagi tujuan program tersebut. Sebenarnya, kita sudah pun mohon permit berkenaan, tapi ditolak. Semalam, dia (Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman) kata kita tak mohon permit.

"Sebenarnya, kita dah isi borang permohonan permit pada 26 Dis lalu. Tapi pada pertemuan 2 Jan lalu, GMI dimaklumkan borang tersebut hilang. Itu bukan masalah kami, tapi masalah mereka yang tidak jujur dalam kerja mereka," tegas beliau.

Justeru, beliau mengajak semua pihak agar turun beramai-ramai malam ini bagi menyatakan sokongan kepada semua tahanan dan keluarga ISA yang kini masih ditahan di Kem Kamunting.

Zulkarnain dilaporkan berkata pihak penganjur perhimpunan bukan sahaja tidak membuat permohonan permit malah ia sendiri merupakan kumpulan haram kerana tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan.

Sebelum ini, Syed berkata GMI merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar serta lebih 83 buah pertubuhan menganggotai GMI. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive