KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 5, 2008

YURAN: WAJIB BAYAR RM145

Wajib sumbang PIBG RM145 di SK Taman Tun Dr. Ismail
Utusan Maloya

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Ibu bapa hari ini mempertikai bayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sampai RM145 untuk setiap orang anak.

Ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 (SK TTDI 1), di sini terkejut apabila bayaran tersebut merangkumi yuran PIBG sebanyak RM40, bayaran dewan RM15, bayaran penyelenggaraan sekolah RM20 dan bayaran komputer RM70.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah tersebut mendapati ramai ibu bapa merasa terbeban dengan keputusan pihak sekolah membenarkan kutipan yuran untuk tabung PIBG sebanyak RM145 itu.

Shazlin Abdullah, 38, berkata, dia terperanjat apabila melihat jumlah yuran PIBG yang terlalu tinggi daripada catatan keseluruhan yuran tambahan sekolah untuk anaknya.

Katanya, setelah digabungkan dengan yuran-yuran lain seperti yuran pelbagai, yuran peperiksaan dan yuran kelas tambahan, beliau terpaksa membayar jumlah keseluruhan RM450 untuk seorang anak.

Kata beliau, bayaran itu sudah cukup tinggi untuk ibu bapa yang mempunyai seorang anak di bangku sekolah, apatah lagi untuk keluarga yang mempunyai dua atau tiga anak di sekolah rendah.

Azreen Mohd. Khalid, 34, pula mempersoal kewajaran PIBG mengenakan bayaran RM35 sebagai yuran penyelenggaraan sekolah dan dewan yang dikatakan untuk membayar bil elektrik dan petugas am kebersihan sekolah.

‘Setahu saya, sekolah ini bukan sekolah swasta yang memerlukan murid membayar bil sebaliknya hanya sebuah sekolah awam yang diuruskan dan mendapat peruntukan besar daripada kerajaan,’’ tegasnya.

Lagipun, menurut beliau, murid-murid masih terpaksa berkongsi komputer semasa belajar di makmal sedangkan yuran komputer yang dikenakan masih tinggi walaupun telah dikurangkan berbanding RM110 tahun lepas.

Seorang ibu hanya mahu dikenali sebagai Sheila turut mempertikai cara kutipan selain cara penggunaan wang PIBG di sekolah tersebut.

Katanya, memandangkan bayaran tersebut dikenakan kepada setiap murid, beliau terpaksa membayar RM290 untuk dua anaknya.

Sheila berkata, ini bermakna pihak PIBG akan menerima RM217,500 sekiranya sekolah tersebut mempunyai 1,500 murid.
|more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive