Sekolah tidak boleh ambil bayaran tambahan – Hishammuddin
lagiberita.blogsport
MACHANG 4 Jan. – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan kepada para pegawai pelajaran daerah dan sekolah supaya memastikan bahawa dasar kerajaan yang tidak pernah mewajibkan bayaran yuran tambahan benar-benar dilaksana.
Beliau berkata, sekiranya terdapat laporan ada sekolah yang mewajibkan bayaran tambahan itu maka beliau meminta perkara tersebut dilaporkan terus kepadanya.
“Saya tidak akan maafkan mana-mana pegawai termasuk di peringkat daerah yang menyembunyikan perkara ini kerana dasar kita tidak mewajibkan para pelajar yang tidak berkemampuan membayar yuran tambahan.
“Ia situasi menang-menang, kalau mereka (ibu bapa) berani nyatakan kepada media, nyatakan kepada saya dan saya beri jaminan mereka tidak akan disenarai hitam,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gerak Kerja Pemuda Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. |more...|
No2umnO - Sekolah tidak menerima sebarang surat pekeliling dari Pihak Kementerian tentang tidak WAJIB membayar yuran. Kini kononnya Menteri Kerajaan Barisan Najis cuba menolak tanggung jawab dan menyalahkan pihak sekolah. Baling batu sembunyi tangan. Munafik punya BN.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment