Harian Metro
MELAKA: “Saya kecewa, marah dan geram. Saya tengok sendiri depan mata, dia bermain ‘kayu tiga’ dan tergamak berkurung bersama lelaki,” kata suami yang berpakat dengan penguat kuasa agama mencekup isterinya berkhalwat di sebuah rumah sewa di Bachang dekat sini, Sabtu lalu.
Suami yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Kamil nekad berbuat demikian kerana sangsi dengan tindakan isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak Julai tahun lalu.
Hubungan antara pasangan itu yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun dikatakan mulai dingin selepas Haji Kamil berpoligami dengan menikahi seorang gadis berusia awal 20-an.
Menurut Haji Kamil, kesangsiannya menjadi kenyataan apabila melihat sendiri perbuatan isterinya ketika menyertai serbuan bersama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).
Dalam serbuan itu, isterinya yang berusia 27 tahun ditahan Jaim selepas didapati bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki teman lelakinya.
Haji Kamil, 40, berkata lebih mengecewakan, isterinya yang dinikahi tujuh tahun lalu kelihatan tenang dan seolah-olah tidak berasa bersalah biarpun mengetahui dia ada bersama dalam operasi itu, malah sempat menuduhnya punca masalah itu.
“Banyak perkara sumbang boleh berlaku apabila mereka berdua duduk bersama di rumah itu. Malah, ketika ditahan, dia (isteri) memakai baju tidur yang saya hadiahkan.
“Saya syak dia dan lelaki itu tinggal sebumbung kerana banyak pakaian dan barangan peribadi mereka di rumah itu,” katanya.
Haji Kamil yang juga seorang peniaga, mendakwa sebelum ini dia sering mendengar pelbagai cerita negatif mengenai hubungan sulit isterinya dengan seseorang, termasuk dikatakan mempunyai empat kekasih, tetapi tidak menghiraukannya kerana tidak mempunyai bukti kukuh.
“Sebenarnya, dia marah apabila saya berkahwin lain. Sejak itu dia sering pulang lewat dan apabila ditanya, pelbagai alasan diberi termasuk terpaksa menyiapkan banyak kerja sedangkan dia kakitangan awam di bahagian pentadbiran sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).
“Dia juga menukar alamat bil telefon bimbitnya ke rumah mentua dan sering menyembunyikan telefon itu, mungkin bimbang rahsianya terbongkar,” katanya.
Kata Haji Kamil, dia pernah mengesan kecurangan isterinya selepas pulang dari Kuala Lumpur menghantar saudaranya.
“Dua hari selepas dia pulang, saya menyelongkar beg tangannya dan mengambil telefon bimbit ketika dia tidur.
“Saya terperanjat kerana dalam galeri gambar telefon itu, terdapat gambar dia bersama seorang lelaki, mungkin diambil ketika di Kuala Lumpur.
“Selepas memuat turut gambar itu ke dalam telefon bimbit saya, esoknya saya cuba mendapatkan penjelasannya, namun hampa kerana dia mendakwa lelaki itu sebenarnya rakan yang juga seorang ‘pengkid’ (wanita bergaya lelaki),” katanya.
No2umnO - Haji ni hebat. Umur 40, 2 isteri. 27 dan 20. Tapi kat Melaka juga ....
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment