KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 5, 2008

ORANG JAHAT YANG BERJIHAD

Najib terharu pada upacara pecah tanah masjid
Utusan Meloya

KUALA KRAI 4 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat jajahan ini hari ini menyatakan rasa terharu apabila diberi penghormatan melakukan upacara pecah tanah Masjid An-Nur, Guchil dekat sini.

Sambil menyifatkan lawatannya itu sangat besar makna kepada dirinya secara peribadi dan selaku pemimpin, Timbalan Perdana Menteri berkata, kehadirannya turut mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hampir 40 tahun lalu.

Masjid lama berusia 40 tahun itu didirikan bagi kemudahan penduduk sekitar dengan peruntukan sebanyak RM35,000 diluluskan oleh bapanya pada tahun 1968 yang ketika itu turut memegang jawatan yang disandangnya sekarang.

‘‘Masjid ini sudah sempit dan agak uzur. Kalau dulu, Allahyarham segera luluskan RM35,000 bagi membinanya, kini saya datang untuk membantu membina semula dengan peruntukan RM2.1 juta,” katanya ketika berucap pada upacara pecah tanah masjid itu yang penuh sesak dengan masyarakat setempat yang menyambut ketibaannya.

Beliau kemudiannya singgah ke rumah imam masjid berkenaan, Che Soh Che Mud, 62, yang memeluk erat pemimpin itu sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjengah keluarganya.

‘‘Tiba-tiba saja di masjid, beliau kata ingin menjengah rumah saya seketika, macam yang selalu bapanya lakukan ketika melawat kampung-kampung, saya amat terkejut,” ujar Che Soh yang menjadi imam sejak 30 tahun lalu.
Maka terharu lah Najib yang sebelum ini tidak menjenguk nasib rakyat di Kuala Kerai dan tiba tiba diberikan penghormatan pecah tanah untuk membina Masjid An-Nur, Guchil. Lantas di peluknya imam masjid dan berhasrat untuk menjenguk rumah imam tersebut. Berbesar hati lah rakyat akan seorang pemimpin yang selalunya asyik keluar negara dan bermewah mewah, tiba tiba menjengukkan muka bila hampirnya pilihanraya.

Maka penduduk kampung pun menantilah akan janji kerajaan untuk menghulurkan bantuan RM2.1 juta yang hanya berpeluang diperolehi sekali di dalam tempoh 4 tahun. Namun tidak semua kampung yang bernasib baik kerana tak semua tanah boleh dipecah. Itu pun kalau benar benar UMNO menang di Kelantan, maka peruntukan pun turun. Jika tidak, tanah yang dipecah tadi akan di masukkan tubuh orang yang memecahkan tanah itu pula.

Kerana terimbau kenangan jasa ayahnya, maka hiba dan terharu lah seorang jiwa pemimpin. Kalau harapkan pada anaknya, rakyat kampung tidak pernah merasa kerana peruntukan asyik disekat selama ini. Sesungguhnya bukan senang untuk melihat orang jahat yang cuba berjihad. Alhamdullillah. Ore bui pitih ambek.....suruh undi, TOK SEY.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive