Jangan Hanya Pandai Melenting, Ingatan Hishammuddin Kepada Ibu Bapa
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta ibu bapa supaya tidak hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka jika diminta bayar lebih untuk pendidikan anak-anak mereka, sebaliknya menanya diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah.
"Sepatutnya ibu bapa menunjukkan keprihatinan dan keikhlasan untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi anak mereka tetapi keadaan bertukar sebaliknya. Saya pernah melawat sebuah sekolah Cina yang mana ibu bapa melalui PIBG menyumbang untuk membersihkan tandas-tandas di sekolah tersebut.
"Saya melihat PIBG menyediakan perpustakaan dan prasarana teknologi maklumat, ibu bapa juga proaktif, sanggup membantu sekolah dan menyediakan aktiviti yang mampu memanfaatkan pelajar," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Pelajaran di Taman Wetland di sini hari ini.
Sementara itu Hishammuddin berkata beliau sudah mengingatkan pegawai pelajaran daerah dan sekolah supaya memastikan bahawa dasar kerajaan tidak pernah mewajibkan bayaran yuran tambahan benar-benar dilaksana.
Menteri itu berkata Kementerian Pelajaran tidak berniat untuk menyelaraskan yuran sekolah tambahan di semua sekolah kerana terdapat ramai ibu bapa yang berhasrat memberi lebih banyak sumbangan kepada sekolah demi kepentingan anak-anak mereka.
Beliau bagaimanapun menegaskan, golongan ibu bapa yang betul-betul tidak berkemampuan boleh mengambil balik yuran tambahan yang dibayar kepada pihak sekolah.
"Sumbangan RM25, RM30 kepada sekolah itu boleh diambil balik, sekolah tidak akan ditutup kerana kekurangan sumbangan tersebut. Nak minta (balik), mintalah. Itu (yuran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran yang wajib," katanya.
Tambahannya, hanya segelintir sekolah yang mengenakan yuran sekolah tambahan secara keterlaluan manakala selebihnya mematuhi peraturan yang ditetapkan.
No2umnO - Yuran tidak mahal kalau semua rakyat berpendapatan seperti Menteri. Kalau rakyat bergaji besar, RM2,000 nilai yuran pun tiada masalah. Bukan yuran tahunan sahaja, malah bulanan pun rakyat akan bayar.
Masalahnya ramai rakyat kesempitan wang dan ramai antara ibu bapa yang terpaksa meminjam atau menggadai barangan hanya kerana menyediakan peralatan untuk anak anak. Malah bukan sekadar yuran tetapi terpaksa mengeluarkan belanja harian, pakaian, buku latihan, beg dan semua peralatan. Jangan ingat dengan membayar RM140 sahaja untuk seorang murid boleh memberikan ilmu kepada anak anak. Ini bukan zaman dulu. Zaman bapak dan datuk menteri sekarang. Zaman sekarang nak masuk sekolah, seorang murid perlu membayar RM250 ke RM300 seorang.
Kalau dah tak mampu nak bantu rakyat, jangan jadi pemimpin. Kalau tak mahu dengar rungutan dan masalah rakyat, jangan jadi menteri.
Kalau mahu rakyat dengar apa kata kerajaan, kerajaan perlu dengar apa kata rakyat. Kalau menteri tidak betul, kita kena perbetul. Kalau menteri tidak mahu diperbetul akibatnya negara akan hancur.
Jika anak tidak sekolah, tanggung jawab jatuh kepada ibu bapa. Tapi menyekolah kan anak kini sudah menjadi satu beban yang terpaksa.
Nilai Yuran satu isu, isu lain adalah kerana kerajaan cuba memperdayakan rakyat kerana dengan penghapusan yuran tetapi soal PAKEJ pula ditimbulkan. Tiba tiba menteri cuba menyalahkan sekolah kerana mengutip wang dari ibu bapa sedangkan Pakej Tambahan adalah arahan pekeliling yang dihantar kepada sekolah sekolah. Bila ramai rakyat dah bergolok bergadai membayar yuran, baru sekarang menteri sedar bila rakyat mula melenting. Sebelum ini menteri ambil mudah kerana beranggapan masalah rakyat tidak penting. Kesabaran ada tempat dan kemampuan ada had.
Jangan ingat menteri berkuasa mutlak sehingga semua keputusan ikut kehendak sendiri. Kalau sudah tak mampu pegang tanggung jawab.....letak jawatan. Jangan nak tunggu ditangkap basah atau diedar video lucahnya, baru mahu melepaskan kuasa. Sikap pemimpin Malaysia pelik sikit. Tak pernah sedar diri dan tak pernah bersyukur diri diuntung. Semua dah diberi. Masing masing bergaji besar. Semua kemudahan ada, petik jari semua datang. Mungkin kah kerana itu maka pemimpin buta hati, tiada perasaan.
Kalau bukan kerana Hussien Onn, Hisamuddin takkan jadi Menteri. Kalau suruh aku pilih ...... Sorry. Ramai lagi yang bijak pandai melebihi kemampuan menteri yang ada. Kalau disuruh pilih dari 100 calun, Hisammuddin mungkin pilihan yang ke 110 atau tidak terpilih langsung. Kalau menteri dah pandai melenting, PRU12 kita cari menteri yang lain. Pilihan rakyat adalah menteri yang sanggup pegang amanah, bertanggung jawab dan tidak mementingkan diri sendiri.
Soalan terakhir .... kalau rakyat tidak mahu bayar, kenapa pula rakyat yang perlu minta wang dipulangkan? Kenapa tidak pihak Sekolah dan GURU sahaja pulangkan wang tersebut? Adalah memalukan sekiranya ibu bapa minta nanti dan kemudian guru pula kata, "Tiada arahan pulangkan wang."
Nasihat pada MENTERI .... Jangan nak membelit belitkan lagi isu.
0 comments:
Post a Comment