Oleh Radenjowo
Bukan minyak sahaja yang bakal naik harga, malah semua barangan dan perkhidmatan. Ianya seperti satu sumpahan kepada kerajaan yang ada sekarang. Kerana itu pemimpin Barisan Nasional tidak lagi berupaya untuk membantu rakyat selain dari menekan dan terus menekan. Kalau tidak mampu menurunkan harga barangan, mereka tidak pula mampu mencipta peluang untuk menambahkan pendapatan. Merujuk kepada keadaan 20 tahun dahulu, lepasan universiti memperolehi gaji permulaannya serupa dibanding sekarang. Sekitar RM1,200 dan RM1, 400, berbanding dengan kos peningkatan hidup yang terus menjulang.
Bila parti pembangkang mahu menurunkan harga minyak, kerajaan Barisan Nasional buntu fikiran bagaimana ianya boleh dilakukan kerana semenjak menjadi tampuk pemerintahan, tiada yang tidak naik kecuali semuanya naik belaka. Cerita pasal pembaziran, idea mereka bertabur tabur, bila cerita untuk bantu rakyat, urat tegang terus jadi kendur. Mati akal, buntu fikiran.
Lantas kerajaan Barisan Nasional mengecam pihak yang ingin menurunkan harga minyak seolah olah kualiti pemikiran mereka sama seperti orang lain. Pada mereka tidak mungkin boleh turun kecuali nai naik belaka.
Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Barisan Nasional ketika ceramah di Kelantan dan contoh merujuk keadaan parkir di Petaling Jaya.
Harga Parkir Tinggi Macam Mana Hendak Turunkan Harga MinyakRujuk kepada berita tersebut, kerajaan tidak menafikan bahawa rayuan penduduk Petaling Jaya tidak dilayan walaupun sudah beberapa kali dibuat. Disamping itu Kerajaan Barisan Nasional tidak menjanjikan penetapan harga minyak malah berkemungkin ia akan terus naik.
KOTA BAHARU, 5 Jan (Bernama) -- Penduduk di sini yang sejak lama merungut kerana bayaran letak kereta yang tinggi hanya memandang sinis janji pembangkang untuk menurunkan harga minyak sekiranya mereka diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.
Warga bandar Kota Baharu yang ditemui menganggap janji itu mustahil dapat ditunaikan pembangkang kerana masalah bayaran tempat letak kereta yang terlalu tinggi di sini pun tidak dapat diatasi.
Kadar bayaran tempat parkir di bandar ini adalah 10 sen bagi enam minit, dan untuk jangka masa sejam, RM1 berbanding kadar di bandar raya Petaling Jaya 60 sen untuk sejam.
Ramli Kamal Hassan, 27, berkata sudah lama beliau terpaksa bayar tempat letak kereta yang tinggi seolah-seolah mereka yang parkir kereta di bandar ini mempunyai banyak wang.
"Kita sudah bising banyak kali sampai dah masuk akhbar. Sampai sekarang pun tak turun harga parkir.
"Kalau harga parkir pun tak dapat turun sebab kerajaan negeri tak cukup duit, jadi macam mana nak mengurangkan harga minyak jika ekonomi negara jadi tidak menentu," katanya.
Wan Irman Wan Ramli, 35, berkata dalam ceramah, pihak PAS selalu memberi alasan kerajaan negeri tidak mempunyai wang yang cukup kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan.
"Oleh sebab itu mereka terpaksa meningkatkan operasi cukai mereka," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Takiyuddin Hassan mengakui kadar bayaran letak kereta di bandar ini sememangnya tinggi tetapi ia masih munasabah.
Kalau kerajaan Barisan Nasional buntu fikiran untuk membantu rakyat, kenapa mereka masih kekal menjadi kerajaan. Kalau kerajaan hanya tahu untuk mewah berbelanja, maka jelas bahawa Kerajaan Malaysia sekarang tiada berkualiti selain dari mementingkan diri sendiri. Kutip wang rakyat, dan dibelanjakan sesuka hati.
Barisan Nasional tidak mampu membela hidup rakyat. Itu adalah pasti, maka mengundi kerajaan yang ada sekarang, beerti menggali kubur kita sendiri. Sudah lah tidak mampu turunkan harga minyak yang dikeluarkan oleh negara sendiri, gejala rasuah pemimpin, pembinaan projek yang membazir, komisyen pembelian peralatan peperangan dan banyak pembaziran masih diteruskan. Siapa yang untung? Maka jelas janji kerajaan mereka akan terus membazir dan mereka terus menekan rakyat. Kenapa kita ketagih pada pembangunan yang menyusahkan diri sendiri?
0 comments:
Post a Comment