KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 5, 2008

YURAN: UMNO TERUS MENGELIRUKAN

Kerajaan Selangor Akan Bantu Ibubapa Tak Mampu Bayar Yuran Tambahan

SABAK BERNAM, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan membantu ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran tambahan untuk persekolahan anak-anak mereka pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau berkata kerajaan Selangor akan mengatasi masalah ini dan jika perlu akan meminta sumbangan daripada swasta untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sebagainya.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Selangor merupakan salah satu negeri yang "panas" selain daripada Pulau Pinang dan Kedah bagi BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

No2umnO - Ada 3 perkara utama di dalam mengulas tentang berita ini.

Pertama, Selangor dikatakan sebagai negeri yang 'panas' kepada UMNO dan BN, maka bantuan yuran tambahan dijadikan umpan kepada rakyat yang kurang berpendapatan dan tidak mampu membayar.

Kedua, bantuan Yuran oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk menyetujui bahawa Yuran Tambahan ini memang WAJIB dibayar. Sedangkan berita pada Hari ini, Hisamuddin menyatakan bahawa ianya tidak lagi WAJIB dibayar. Malah ibu bapa yang tidak bersetuju diminta untuk meminta semula wang dari guru dan sekolah.

Ketiga, Pemimpin terpaksa berpatah balik dari motif sebenar kepada membantu. Khir Toyo cuba membeli kepercayaan rakyat Selangor dengan cara membantu sementara Hisammuddin cuba untuk memulihkan kepercayaan rakyat dengan membatalkan YURAN TAMBAHAN.

Setiap dari pemimpin UMNO nampaknya berubah ubah pendapat. Seorang mahukan YURAN di laksanakan sambil mengambil kesempatan dengan bantuan kepada usaha membantu rakyat miskin ketika hampir pilihanraya dan seorang lagi cuba untuk merubah sistem Yuran dari Tidak wajib, kepada ansuran, kepada wajib dan kembali kepada tidak wajib. Ayoooooo .... Ayooo pa .... ingat seorang sahaja Samy dalam Malaysia, rupanya masih ramai lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive