drzainal542.blogspot.
Yuran yang disumbangkan oleh orang awam akan diakaunkan di bawah Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA). Wang ini di bawah kawalan Pengetua/Guru Besar dan seorang guru kanan sekolah. Pihak Odit Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri amat jarang melakukan odit ke atas akaun ini. Maka, pentadbiran sekolah, akan sewenang-wenangnya membelanjakan wang tersebut. Sebagai contoh, jika pihak sekolah membuat pembelian terus pelbagai barangan seperti pasu bunga, kertas, dan alattulis, harga barangan tersebut akan dinaikkan sehingga 100%.
Pelik. Satiap tahun peruntukan untuk penyelenggaraan sekolah akan meningkat. Peruntukan dalam bajet tahunan negara untuk tujuan yang sama juga akan bertambah. Dan setiap tahun juga, yuran persekolahan akan bertambah. Ini satu gambaran bahawa pihak pengurusan sekolah begitu lemah dalam mengurus tadbir kewangan. Semakin bertambah, semakin tidak cukup. Senario ini boleh mewujudkan satu persoalan besar. Ke mana hilangnya wang yang diberi? Dibelanjakan atau diguna sendiri?
Untuk mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan pihak pengurusan sekolah membentangkan laporan kewangan akaun SUWA dan laporan kewangan PIBG secara terperinci dalam mesyuarat agung PIBG. Ketelusan adalah gambaran amanah. Ibubapa yang membayar perlu dan mempunyai hak untuk mengetahui ke mana dan untuk apa wang yang diminta dibelanjakan. Seandainya pihak sekolah takut untuk membentangkan laporan ini, maka, Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan yang wajar.
PIBG hari ini gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan. PIBG hanya menjadi alat untuk pentadbiran sekolah, khususnya Pengetua/Guru Besar mencari sumber kewangan tanpa mengetahui ke mana dana tersebut dibelanjakan. Lebih malang, PIBG hari ini buta akan konsep DERMA. Nilai derma bukanlah pada angka, tapi pada darjah keikhlasan sipenderma. Jika penderma mengeluh sambil menderma, keberkatan dalam derma yang sepatutnya menjadi ibadah menjadi beban pemangkin dosa. Saya menyeru PIBG kembali kepada konsep DERMA bilamana ada seorang yang hanya mendermakan seteguk air kepada anjing yang dahaga yang diceduk dengan kasut diberi balasan syurga, tapi ada yang menderma seluruh hartanya tercampak ke neraka. Kesemuanya adalah kerana perbezaan darjah keikhlasan. |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment