KAMAL AMIR MENULIS
Jumlah harga buku teks hanya dalam lingkungan lima puluh ringgit sahaja tetapi beban untuk bayaran buku kerja mengikut kaedah pembelajaran, setiap pelajar harus menyediakan sekitar dua ratus ringgit.
Menyentuh soal yuran sekolah yang dikurangkan sejumlah RM 4.50, kebanyakan sekolah mengenakan yuran sekitar sembilan puluh ringgit tidak termasuk yuran pembelajaran komputer di mana makmal komputer di sekolah-sekolah tersebut berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu berserta tenaga pengajar yang tidak mencukupi.
Yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
1: Ko-kurukulum RM 10.50
2: Kertas ujian 20.00
3: Sukan 10.00
4: Pendidikan Islam 10.00
5: Insuran 1.50
6: MSSM 4.00
7: PIBG 20.00
8: Majalah 32.00
JUMLAH 108.00
Disamping itu terdapat juga Persatuan Ibu Bapa Guru yang gagal memberikan kutipan keseluruhan atau kunci kira-kira persatuan sejak dua tahun lalu kerana tidak diketahui ke mana wang kutipan tersebut dibelanjakan. Disamping itu ibu bapa turut dibebankan oleh yuran tambahan bagi menampung kos pembenaan bangunan dewan yang tidak diketahui jumlahnya.
Seharusnya menteri tersebut merasa malu dengan keadaan yang tercetus di sekolah-sekolah di mana kepincangan demi kepincangan kian terserlah serta bagaikan ada percaturan “silap mata” cuba mengelirukan rakyat.
Sejak dahulu lagi rakyat menuntut agar kos pendidikan tidak seharusnya membebankan ibu bapa kerana pendidikan merupakan sebahagian daripada saham terpenting negara dalam memastikan kesinambungan generasi yang terdidik dengan ilmu pengetahuan.
Sebaliknya kementerian pendidikan kini dilihat sebagai “lubuk emas” menyimpan karun dari perahan air mata rakyat. Apa yang pasti, pencetak buku (tentunya dari kalangan orang keliling serta kroni) serta pengilang baju seragam pasti mengaut untung lumayan. Dan Menteri berkenaan tanpa malu menghebahkan kerajaan terpaksa menambah lebih dua bilion ringgit bagi tujuan menyediakan buku teks percuma serta pengurangan yuran sekolah. |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment